Thursday 25 August 2011

Jatuh Kerusi

Anak: Ibu tadi ada seorang pelajar jatuh dari kerusi.

Ibu: Jadi?

Anak: Semua orang gelak, kecuali saya.

Ibu: Awak anak yang baik. [Ibu mencium dahi anaknya]

Anak: Ibu nak tahu siapa yang jatuh tu?

Ibu: Siapa?

Anak: Sayalah.

Ibu: Cis...

Muntah

Seorang gadis kecil merasa badannya lemah dan sakit ketika dia berada di pasaraya bersama ibunya.

"Mama" kata gadis kecil itu.."Bolehkan kita balik sekarang?"
"Tidak" jawab ibunya.
"Ma, saya rasa hendak muntah!!" Kata gadis kecil itu.
"Keluarlah, pergi ke tandas di tingkat atas.."

Setelah kira-kira 20 saat, gadis kecil itu kembali ke tempat duduknya.

"Sudah selesai?" Tanya ibunya.
"Ya"
"Cepatnya?"
"Saya tidak pergi ke tingkat atas..Ma" kata anaknya lalu menyambung.."Kat tepi tu ada
sebuah kotak derma..di situ tertulis: UNTUK ORANG YANG SAKIT"

Jam Dinding

Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.
Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.

Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahukepada anak-anak buahnya.

OOOO...patutlah tak jalan. Drebarnya mati tershepittttt....!!

Kek Hari Jadi

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik? tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.
Mmmm, tulis saja Sayang tidak bertambah tua di bahagian atas, kemudian sambung dengan Sayang cuma bertambah cantik di bahagian bawah, kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH.

PENDIDIKAN SEKS UNTUK BEBUDAK

jayman bertanya kepada bapanya... 
jayman: pak, betul ke make love tu best?

bapak: haah, samalah best macam kamu korek hidung kamu!

jayman: tapi betul ke org pompuan lagi rasa best?

bapak: kalo kamu korek hidung, hidung kamu ke jari kamu yang rasa best?

jayman: tapi kenapa org pompuan tak suka diperkosa?

bapak: kalo kamu jalan2, tetiba ada org nak korek hidung kamu...
kamu suka tak?!

jayman: betul ke tak boleh buat tu masa datang bulan?

bapak: kalo hidung kamu berdarah, kamu nak korek jugak ke?!

jayman: kenapa org lelaki tak suka buat tu pakai kondom?

bapak: kamu suka tak korek hidung masa pakai sarung tangan?!

jayman: waaahhh... bapak ni pandailah!
bapak : :)

Aduhai Aminah

Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian. 1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa. Ustazah pun tanya soalan "Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?". Takde sape jawab. Ada ar sorang budak laki kat belakang Aminah tu jahat sikit. Dia pun cocok bontot Aminah dengan jarum,Aminah pun menjerit "MAK!!" Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol.

Aminah sambung tido balik. Ustazah tanya lagi soalan. "Sape pencipta alam dan segalanya?" Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!" Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol. Aminah sambung tido balik. Pastu ustazah pun tanya lagi soalan. "Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?" Budak tu cocok lagi. Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata "Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap ko!!" Ustazah tu terus pengsan.

Maaf Tuan!

Kisah ni terjadi di sebuah kem tentera. Sepasukan penembak tepat sedang berlatih di lapang sasar. Salah seorang dari ahli pasukan tersebut, ada la sorang penembak yang paling lemah. Dari 10 tembakan yang dibuat, sekali pun tak kena sasaran.

"Satu pun tak kena??? Argghhh!!! tension aku, apa nak jadi dengan kau ni???" sergah Kapten pasukan.

"Sorry tuann!!! tersasar tuan!!!" balas penembak tu.

"Takpe... takpe... saya akan dekatkan sikit sasaran tu ke jarak 5 meter, kalau tak kena jugak, dipersilakanlah untuk beramboss!!"

Tapi yg sedih, sama jugak keputusannya, habuk pun tak kena, dengan muka selamba, penembak tu pun meminta maaf "Sorry tuann!!!! tersasar lagi tuan!!!".

Kapten yang dah hot tahap megi hot cup tu pun menyergah "Kalau macam ni baik kau pergi mamposs!!!. Pergi belakang berek tu dan bedil kepala kau sekarang jugakkk!!"

Kerana patuh dengan arahan, penembak tersebut pun pergi ke belakang berek.
Kemudian terdengar bunyi tembakan dilepaskan. Seketika kemudian penembak tadi pun keluar lalu menuju ke arah tuannya.

"Sorry tuannn!!!!! tersasar lagi tuannnn!!!!!"